Tabung Anak Yatim

Selasa, 8 Oktober 2013

Kek Coklat Moist BerCheese

Bismillah dan Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah tidak lama anak saudara akan bertunang, terfikir-fikir apakah kek yang mahu Ibu Berdikari sumbangkan. Tiba- tiba teringat akan keenakan kek coklat Moist BerCheese yang sungguh sedap in sha Allah. Padanan coklat dan cheese yang lemak memang mengujakan.
Anak- anak pun suka dengan kek ini. Jom cuba kek ini mereka yang kita sayangi.

Bahan A

1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung/masak biasa
#ayak serbuk koko dan campurkan semua bahan dan kacau menggunakan wish/pemukul atau mahu blenderkan pun boleh.

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking Powder
1 sudu teh soda bikarbonat
# Ayak semua bahan di atas dan satukan dengan adunan bahan A.
4 biji telur dipukul seketika dan satukan dengan adunan di atas. Setelah siap bahagikan kepada 2 bahagian.

Bahan C
250 gram cheese
100 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
#blender atau putar dengan mesin pengadun sehingga halus.

Cara mengukus.
1. Griskan loyang 9 inci dengan planta dan taburkan sedikit tepung.
2. Tuangkan 1 bahagian kek coklat ke dalam loyang, tutup dengan aluminium foil dan kukus 30 minit atau sehingga masak.
3. Angkat sebentar dan tuangkan adunan cheese, tutup juga dengan aluminium foil dan kukus sehingga masak.
4. Akhir sekali tuangkan sebahagian adunan kek coklat, tutup dengan aluminium foil dan kukus sehingga masak.

Siap untuk di makan..selamat mencuba. Jika mahu lebih sedap siramkan kek dengan topping coklat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan