Tabung Anak Yatim

Selasa, 8 Oktober 2013

Kek Coklat Moist BerCheese

Bismillah dan Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah tidak lama anak saudara akan bertunang, terfikir-fikir apakah kek yang mahu Ibu Berdikari sumbangkan. Tiba- tiba teringat akan keenakan kek coklat Moist BerCheese yang sungguh sedap in sha Allah. Padanan coklat dan cheese yang lemak memang mengujakan.
Anak- anak pun suka dengan kek ini. Jom cuba kek ini mereka yang kita sayangi.

Bahan A

1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung/masak biasa
#ayak serbuk koko dan campurkan semua bahan dan kacau menggunakan wish/pemukul atau mahu blenderkan pun boleh.

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking Powder
1 sudu teh soda bikarbonat
# Ayak semua bahan di atas dan satukan dengan adunan bahan A.
4 biji telur dipukul seketika dan satukan dengan adunan di atas. Setelah siap bahagikan kepada 2 bahagian.

Bahan C
250 gram cheese
100 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
#blender atau putar dengan mesin pengadun sehingga halus.

Cara mengukus.
1. Griskan loyang 9 inci dengan planta dan taburkan sedikit tepung.
2. Tuangkan 1 bahagian kek coklat ke dalam loyang, tutup dengan aluminium foil dan kukus 30 minit atau sehingga masak.
3. Angkat sebentar dan tuangkan adunan cheese, tutup juga dengan aluminium foil dan kukus sehingga masak.
4. Akhir sekali tuangkan sebahagian adunan kek coklat, tutup dengan aluminium foil dan kukus sehingga masak.

Siap untuk di makan..selamat mencuba. Jika mahu lebih sedap siramkan kek dengan topping coklat



Kuih Talam Berlauk Enak

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah kali ini mendapat tempahan kuih talam berlauk udang daripada Puan Saniah untuk jamuan raya di sekolahnya. Sudah lama ustazah tidak buat kuih ini mungkin di tempat ini orang kurang mengetahui kesedapan kuih ini. Ada rasa lemak, masin, agak pedas dek kerana sedikit lada sulah dan cili merah. Boleh juga gantikan udang dengan daging atau ayam cincang

Cukup bersyukur dimaklumkan bila jamuan kuih ini yang habis dahulu dan tak cukup..maklum jarang nampak kuih ini..semoga mereka yang menikmati kuih ini gembira dan mendapat kerahmatan Allah SWT atas segala nikmatnya.

Jom kita lihat bahan-bahannya.

Talam Berlauk Udang

Bahan A
3 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
1 sudu makan gula
1 sudu makan lada sulah
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Adun semua bahan di atas dengan menuangkan santan berperingkat-peringkat untuk mengelakkan berbintil atau mahu mudah blenderkan lagi cepat dan gebu. Setelah siap letak pada loyang 10.5 inci . Jangan lupa oleskan loyang dengan sedikit minyak kemudian letak plastik baru dituangkan adunan..opps! Jangan lupa tinggalkan adunan anggaran secawan untuk disiramkan ke atas lauk udang yang sudah ditumis.

Bahan C

250 gm udang basah dibuang kulit dan potong kecil-kecil.
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan cili boh
2 sudu makan udang kering
Sedikit daun sup dan daun bawang

Gorengkan bawang merah dan bawang putih hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
Minyak lebihan bawang goreng digunakan untuk mengecutkan udang basah yang dipotong halus.Jangan terlalu lama agak-agak kecut angkat. Kemudian gunakan sedikit minyak untuk menumis rempah kurma, cili boh dan udang kering hingga naik minyak. Kemudian masukkan udang dan bawang goreng hingga naik bau. Sebelum matikan api masukkan lah cili merah yang potong dan daun sup serta daun bawang. Angkat dan biarkan.

Kukus adunan selama 15 minit kemudian taburkan tumisan udang dan ratakan. Kemudian tuangkan dengan adunan secawan yang kita tinggalkan tadi. Kukus selama 30 minit.Potong setelah sejuk. Boleh juga sebelum dihidang taburkan daun sup dan cili merah yang dipotong halus.

Selamat mencuba dan semoga sedap serta gembira mereka yang menikmatinya.

Subhanallah. .Ya Allah baru sahaja selesai menulis entri ini, mendapat panggilan telefon untuk tempahan kuih ini dan talam seri kaya..Alhamdulillah



Soto Perut Lembu dan Ayam Sabah

Bismillah dan Assalamualaikum

Pertama kali menikmati soto perut lembu dan ayam ketika di Sabah, terus teringatkan ibu mertua . Ini kerana kandungan soto tersebut dicampur dengan perut lembu makanan kegemarannya. Jadi bagi sesiapa yang tidak berminat dengan perut lembu janganlah Order soto campur lembu dan ayam ketika melancong ke Sabah.

Ibu Berdikari begitu sayangkan ibu mertua, jadi ingin mencuba menggembirakan hatinya maka terciptalah menu ini untuknya.

Bahan-bahan.

500gram perut lembu
500gram ayam
# direbus hingga masak kemudian potong kecil perut lembut dan siat ayam.

3000ml air daripada rebusan ayam
2 inci halia
12 ulas bawang putih
10gram lada puih
1 bungkus sup bunjut
Garam secukup rasa
Sedikit Serbuk perasa
Daun sup mengikut citarasa
# ketuk halia dan bawang putih serta campurkan semua bahan di atas kemudian rebus.

500 gram bee hoon ( dicelur)
Sedikit daun bawang dan daun sup
Bawang goreng

Ha..alhamadulillah setelah siap sediakan bee hoon, taburkan dengan perut lembu dan ayak racik serta daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati. Kalau nak sedap lagi tambahkan dengan sambal kicap..lagi pedas lagi sedap sotonya.